#1. Bilal bin Rabah
Assalamualaikum and Anayaseyo
Pada malam yang tenang dan permai ini ingin sekali saya berkongsi cerita mengenai kerinduan seorang sahabat Rasullulah S.A.W kepada Baginda nabi.Sahabat yang dijanjikan Syurga ini adalah Bilal bin Rabah.Bilal merupakan antara sahabat yang paling rapat dengan Baginda S.A.W ketika Baginda masih hidup.Selepas kewafatan Baginda,Bilal mengambil keputusan untuk tidak lagi melaungkan azan (menjadi bilal) dan berhijrah keluar dari Kota Madinah.Beliau berbuat demikian kerana beliau tidak mahu terus menangis dan bersedih atas kewafatan Rasullulah S.A.W.Hal ini kerana setiap jalan di Kota Madinah pernah dilalui beliau bersama Rasullulah.Oleh itu,setiap kali beliau melalui jalan-jalan di Kota Madinah kenangan bersama Rasullulah sentiasa menjengah kelaur.Selain daripada itu sebab utama Bilal bin Rabah tidak mahu lagi menjadi Muazzin adalah kerana dia tidak mampu untuk menahan hiba setiap kali melaungkan kalimah 'Muhammad Rasullullah'.Sebelum beliau berhijrah keluar dari Kota Madinah beliau ada berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq untuk menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Muazzin.Namun,surat perletakan jawatannya tidak diterima dan tidak dipersetujui oleh Saidina Abu Bakar kerana perlantikan Bilal sebagai Muazzin dibuat oleh Rasullulah.Oleh itu,orang yang selayaknya untuk menerima surat perletakan jawatan dan membuat keputusan atas permintaan Bilal ini adalah Baginda Rasullulah dan bukan beliau (Saidina Abu Bakar).Lalu,Bilal berkata sekiranya suatu masa dahulu,Saidina Abu Bakar pernah membebaskannya dari tuannya yang kejam kerana kepentingan Saidina Abu Bakar sendiri maka dia(bilal) akan menarik balik surat perletakan jawatan itu kerana beliau(Bilal)merupakan hamba kepada Saidina Abu Bakar.Tetapi,jika suatu masa dahulu Saidina Abu Bakar pernah memerdekakannya kerana Allah maka terimalah surat perletakan jawatannya ini.Lalu dijawab oleh Abu Bakar "hanya kerana Allah aku membebaskannmu".Oleh itu,Saidina Abu Bakar pun bersetuju untuk menerima surat perletakan Bilal bin Rabah sebagai Muazzin.Selepas beberapa tahun berada jauh dari Kota Madinah suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah.Rasullulah bertanya kepada beliau adakah beliau merindui Rasullulah.Lalu dijawabnya 'Ya'.Maka Rasullulah memintanya untuk pulang ke Kota Madinah.Pada keesokan harinya beliau berangkat pulang ke Kota Madinah.Selepas menziarahi makam Rasullulah beliau menuju ke menara azan dan melaungkan azan.Tatkala suara Bilal bergema,maka dengan spontan Madinah bagaikan dicengkam dengan berjuta memori. Hampir seluruh penduduk Madinah menitiskan air mata. "Marhaban Ya Rasulallah,"bisik salah seorang dari mereka.Demikianlah kisah kerinduan seorang sahabat dan umat kepada Rasullulah S.A.W. SEMOGA KISAH BILAL INI MAMPU UNTUK MENGUATKAN LAGI KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH DAN PENGHULU UMAT MANUSIA INI IAITU RASULLULAH S.A.W..
No comments:
Post a Comment